Rantau Panjang dilanda banjir 90%

Rantau Panjang, Dis 27.
Hampir 90 peratus kawasan di Rantau Panjang, di sini, digenangi air susulan banjir gelombang ketiga, sejak tiga hari lalu.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kelantan, Zainal Madasin, berkata beberapa jalan utama untuk ke Rantau Panjang juga turut ditenggelami air dengan paras tinggi dan hanya boleh dilalui kenderaan berat sahaja.

Difahamkan paras air Sungai Golok mencatat bacaan tertinggi berbanding tahun sebelun ini dengan bacaan paras air melebihi bacaan 11 meter. Kesanya, beberapa penempatanya yang sebelum ini tidak menerima limpahan air turut terjejas.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here