Memulihkan kuil Hindu yang terbiar Parti Urimai akan membentuk jawatankuasa Khas – Profesor Ramasamy

(Kavinmalar)

Taiping, 30 Dis-
Ketua organisasi parti Urimai, Profesor P. Ramasamy berkata, parti itu mempunyai rancangan untuk menubuhkan jawatankuasa kajian khas bagi memulihkan kuil Hindu yang terbiar dan tak berkelihatan di seluruh negara.

Beliau berkata, sudah tiba masanya untuk melaksanakan pelan pemulihan bagi memulihkan kuil kui kuil tersebut. Kuil Hindu bukan sahaja tempat ibadat tetapi juga ikonik penting dan utama bagi kaum India di negara ini. Masalah sebegini sedikit sebanyak mungkin dapat diatasi sekiranya kerajaan pusat mempedulikan cadangan saya untuk menubuhkan Lembaga Kebajikan Hindu di negeri selain Pulau Pinang. Beliau berkata dia tak faham perangai tak peduli setengah orang yang mempunyai kuasa politik hilang minat terhadapnya.

Semasa bertemu dengan bekas ahli – ahli jawatankuasa badan pengerusi Arulmigu Srimaha Sivasakhti Shiva Kuil Perak, Beruas, Terong, Alaghar Estate R.Thennarasan , Lokanathan, Jayaletchumi di Sitiawan pada kebelakangan ini dia mendapat idea tentang perkara ini, beliau menjelaskan.

Mereka menyatakan kebimbangan mereka kepada saya tentang keadaan kuil yang usang dan penyelenggaraannya terbiar.

Mereka bertanya sama ada saya boleh membantu mereka dalam perkara ini. Kuil ini terletak di atas tanah yang sebahagiannya dimiliki oleh Ladang Alagar dan sebahagiannya dimiliki oleh kerajaan.

Dilaporkan, Kuil yang dikatakan berusia lebih 70 tahun itu dikunjungi penganut dari seluruh negara pada musim perayaan.
Beruas, Terong juga terletak di kawasan bersejarah yang dikenali sebagai Ganga Negara, yang diasaskan oleh Empayar Sri Vijaya yang berusia lebih seribu tahun.

Kemudian kemahkotaan Chola menakluk kota Sri Vijay di Selat Melaka, yang membentang dari selatan Thailand kini hingga ke Johor.

Banyak kuil kuil Hindu terkenal terletak di kawasan terbabit dari zaman turun temurun itu di kedua-dua belah jalan dari Beruas hingga ke Taiping.

                                         

Beberapa kuil telah dipindahkan kerana orang berhijrahke tempat lain selepas ladang – ladang dibelahkan . Beberapa kuil terbiar. Zaman kanak-kanak saya, semasa menaiki bas dari Sitiawan ke Taiping, terdapat sebuah Kuildi tepi jalan dengan dua patung besar, Saya masih ingat.Semasa saya melawat Muzium Taiping setelah sekian lama, saya dapati patung-patung tersebut disimpan di dalam sebuah bilik di sana. Diragui sama ada kuil itu masih wujud disitu atau tidak. Banyak kuil hilang dari kelihatan sehingga tak nampak kelibatnya.

Pada tahun 1980-an, 1990-an dan 2000-an, kita telah kehilangan banyak kuil atas nama pengkomersialan dan urbanisasi.

Ramasamy berkata, pihak Urimai akan mengadakan pertemuan dengan kaum India di daerah Sri Manjung tidak lama lagi untuk mengenal pasti dan memulihkan kuil dalam keadaan sedemikian.

 

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here