16 gerai penjaja Lorong Bukit Dumbar musnah terbakar

George Town, Jan 5.
Sebanyak 16 unit gerai di tapak penjaja berusia lebih 30 tahun di Lorong Bukit Dumbar, Jelutong di sini, musnah dalam kebakaran.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Perak A’azelan Hassan berkata pihaknya menerima panggilan kejadian jam 5.32 pagi.

“Kebakaran membabitkan 16 gerai tetapi tiada yang cedera dan siasatan awal mendapati kebakaran berpunca kebocoran gas,” katanya ketika ditemui, hari ini.

Menurut A’azelan, api dapat dikawal jam 6.15 pagi dan dipadam sepenuhnya 30 minit kemudian. Sementara itu, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) Datuk Ir A. Rajendran ketika ditemui di lokasi berkata, pihaknya berusaha mencari tapak sementara bagi membolehkan peniaga menyambung perniagaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here