Lembah Klang boleh bergerak ke Fasa 2, kata PM

Jawatankuasa Khas Menangani Covid-19 bersama barisan kabinet akan membuat keputusan sama ada Lembah Klang boleh beralih ke Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) atau sebaliknya, kata Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob. Ismail berkata ini kerana kadar vaksinasi di Lembah Klang kini sudah mencapai lebih 80 peratus.

Syabas Lembah Klang kerana kadar vaksinasi cemerlang yang sudah mencapai lebih 80 peratus. Dengan ini saya berpendapat bahawa Lembah Klang sudah boleh beralih ke fasa seterusnya. Semua ini bakal diputuskan selepas saya berbincang melalui Mesyuarat Jawatankuasa Khas Menangani Covid-19 bersama barisan kabinet yang akan dipengerusikan saya nanti, InsyaAllah.

Sekali lagi saya sangat berbangga dengan semua orang yang terlibat dan pencapaian luar biasa ini,” katanya dalam catatan di Facebooknya hari ini. Semalam, Ismail berkata kadar vaksinasi lengkap untuk populasi dewasa di Lembah Klang telah mencapai 89.5 peratus.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here