Tukar kerajaan bukan macam tukar baju – Rafidah

Kuala Lumpur, Jan 24.
Kestabilan politik negara ini tidak akan dicapai sekiranya sering menukar kerajaan dan dasar.

Veteran politik, Tan Sri Rafidah Aziz, berkata kestabilan politik hanya dapat dicapai sekiranya kerajaan berpandangan jauh untuk membangunkan negara ini.

“Kestabilan politik perlulah memberi fokus kepada sesuatu perkara untuk jangka masa panjang. Bila tukar kerajaan sama seperti tukar baju dalam, baju dalam yang kotor pula tu.

“Kita pernah ada di sana (jadi kerajaan) selama berdekad dan hanya akan perbetulkan polisi sekiranya perlu. Tetapi, kini buat polisi baharu ketika jadi kerajaan. Itu sebab jadi kerajaan jangka pendek (sebab buat polisi baharu) untuk kelangsungan hidup.

“Kita perlukan kerajaan yang fikir untuk pembangunan (bukannya) yang takut dia tak menang (pilihan raya) lagi beberapa tahun, dia buat la polisi baru. Tak boleh macam ni, kita kena lihat jauh daripada itu,” katanya dalam podcast Keluar Sekejap, hari ini.

Rafidah ialah wanita pertama yang dijemput menjadi tetamu khas dalam podcast yang dikendalikan Khairy Jamaluddin dan Shahril Hamdan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here