Tanah runtuh di Cameron Highlands 4 tertimbus

Kuala Lumpur, Jan 26.
Seorang mangsa ditemui, manakala empat lagi dipercayai masih tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Blue Valley, Cameron Highlands.

Komander Operasi Kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, sepasukan anggota dan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Cameron Highlands bergegas ke lokasi selepas menerima laporan pada 2.51 pagi tadi.“Seorang mangsa ditemui, manakala 4 lagi mangsa dipercayai masih berada di bawah runtuhan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, operasi mencari dan menyelamat giat dijalankan, yang turut disertai Pasukan Khas Operasi, Taktikal dan Penyelamat (Storm) serta Unit Anjing Pengesan (K9).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here