STR dibayar mulai hari ini

Kuala Lumpur, Jan 29.
Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) fasa 1 akan bermula hari ini kepada 8.2 juta penerima yang berdaftar dalam pangkalan data STR.

Kementerian Kewangan (MoF) dalam satu kenyataan sebelum ini memaklumkan, pembayaran itu akan dibuat kepada penerima melalui pengkreditan ke akaun bank atau secara tunai melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) secara berperingkat, mengikut kategori kelayakan STR masing-masing.

Menurut kenyataan itu, kerajaan telah menaikkan bayaran STR fasa 1 kepada RM500 bagi penerima kategori isi rumah berbanding bayaran maksimum RM300 pada tahun lalu, bagi membantu sebilangan besar rakyat menangani kesan peningkatan kos sara hidup.

Bagi fasa 1, penerima kategori isi rumah berpendapatan RM2,500 dan ke bawah akan menerima RM500, isi rumah berpendapatan RM2,501 hingga RM5,000 menerima RM100 hingga RM300.
Manakala warga emas tiada pasangan dan golongan bujang, masing-masing menerima RM150 dan RM100.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here