Ibu dipenjara tiga tahun

Melaka, Jan 31.
Seorang ibu lima anak dijatuhi hukuman penjara tiga tahun atas kesalahan menyimbah air panas terhadap anaknya berusia 13 tahun kerana berang mangsa menghabiskan data telefon bimbit miliknya, dua tahun lalu.

Hakim Mohd Sabri Ismail menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh berusia 38 yang menukar pengakuan kepada bersalah terhadap pertuduhan hari ini, selain menimbangkan fakta kes, rayuan dan hujah pendakwaan.

Ketika didakwa kali pertama pada 26 September 2023, tertuduh meminta dibicarakan terhadap pertuduhan.

Mengikut pertuduhan, wanita itu didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah ke atas anak lelakinya yang ketika kejadian berusia 13 tahun dengan cara menyimbah air panas ke arah mangsa. Perbuatan itu dilakukan kira-kira jam 2.56 pagi di sebuah rumah di taman perumahan kakitangan kerajaan di Sungai Udang pada 27 Jun 2022.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here