Harga emas dijangka naik 15 %

Kuala Lumpur, Feb 5.
HABIB menjangkakan harga emas tempatan meningkat di antara 10 peratus hingga 15 peratus menjelang akhir tahun ini.

Pengerusi Eksekutif Kumpulan HABIB, Datuk Seri Meer Habib, berkata terdapat jangkaan bahawa Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) akan menurunkan kadar faedahnya tahun ini.

Katanya, jika kadar faedah diturunkan, mungkin orang tidak akan menyimpan duit dalam dolar AS tetapi akan membeli emas, jadi secara tidak langsung akan menaikkan harga emas.

“Selain daripada itu juga di Malaysia (harga emas) bergantung kepada nilai ringgit. Jadi, kita dapat lihat lihat pada hari ini nilai ringgit telah susut kepada RM4.76 berbanding dolar AS, antara kadar paling rendah setakat ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here