Status PKPP di Sarawak akan dibincangkan esok

Sarawak akan membincangkan status pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di negeri ini pada Selasa (esok).

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak berkata, ini berikutan tarikh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang turut berakhir pada Selasa ini.

“Sarawak akan membincangkan perkara ini pada Selasa,” ujar JPBN.

Semalam, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang akan bermula pada 10 Jun hingga 31 Ogos di seluruh negara.

Dalam pengumuman itu juga, beliau memberitahu bahawa rakyat kini dibenarkan untuk merentas negeri selain sektor pelancongan domestik turut beroperasi mulai 10 Jun.

Manakala di Sarawak, status pelaksanaan PKPP masih menjadi tanda tanya dan dijangka keputusan berkenaan akan dimaklumkan oleh Pengerusi JPBN, Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Arahan larangan merentas daerah di Sarawak masih berkuatkuasa semenjak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada fasa pertama lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here