EDC dalam Produk kosmetik bahaya

George Town, Feb 22.
Bahan Kimia Pengganggu Endokrin (EDC) didapati terkandung dalam banyak produk kosmetik dan produk penjagaan diri yang dijual di pasaran ketika ini.

EDC ialah bahan yang mengubah sistem hormon dan homeostatik organisma hidup yang akan mengganggu dengan ketara proses pengawalseliaan utama badan seperti pertumbuhan, metabolisme, tindak balas tekanan, pembiakan, perkembangan seksual, tingkah laku jantina dan perkembangan janin. Ujian terbaharu yang dijalankan ke atas 32 sampel kosmetik dan produk penjagaan diri bagi kanak-kanak dikesan terdapat EDC dalam beberapa sampel yang diuji.

Sehubungan itu, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa pihak berkuasa mengawal selia penggunaan EDC dalam produk kosmetik selain menguatkuasakan undang-undang berkaitan produk penjagaan diri yang dijual di negara ini.

Pegawai Penyelidik CAP, Hatijah Hashim berkata, sebanyak 32 sampel produk tempatan terdiri daripada pencuci tangan, gel mandian, ubat gigi, deodoran, cecair kumur, cecair pencuci untuk wanita dan tisu bayi sudah diuji bagi mengetahui jumlah paraben iaitu bahan kimia yang mengganggu endokrin.

“Daripada 32 produk ini, sebanyak 15 daripadanya didapati mempunyai label bahan salah manakala tiga tanpa pelabelan ramuan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here