Seremban, Mac-
Sebuah taman perumahan di Sikamat di sini dipercayai menjadi perkampungan etnik berkenaan sejak hampir 20 tahun diserbu pihak berkuasa dalam satu operasi bersepadu pada Khamis.
Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Abd Khalid Othman berkata, serbuan yang melibatkan Polis Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen Negeri Sembilan (JIMNS) dan Majlis Bandaraya Seremban (MBS) itu membabitkan 64 keanggotaan bermula kira-kira jam 10.30 malam.Menurutnya, operasi tersebut lebih kepada pemeriksaan dokumen melibatkan 340 individu yang terdiri daripada Rohingya seramai 335, tiga warga Indonesia dan dua Bangladesh.
“Boleh saya katakan operasi pada dasarnya untuk membantu objektif dan matlamat pihak JIM untuk mencari dan meluaskan pemeriksaan dan kawalan terhadap warga asing yang berada di negeri ini.
“Operasi ini dilakukan sebab memang terdapat aduan daripada orang awam sebelum kami melakukan operasi besar-besaran,” katanya.