10 tahun guna kad pengenalan palsu

Kuala Lumpur, Mac.
Taktik licik pasangan warga Filipina menggunakan kad pengenalan palsu untuk bekerja sejak lebih 10 tahun lalu terbongkar selepas mereka dicekup dalam operasi di Kota Damansara, di sini, semalam.

Bahagian Penguatkuasa Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) berkata, suami isteri itu dipercayai masuk ke negara ini melalui Johor Bahru pada 2006.

“Kedua-dua suspek berasal dari Filipina itu dipercayai membeli kad pengenalan palsu berkenaan dengan bayaran sekitar RM350 hingga RM500.

“Pasangan itu menggunakan kad pengenalan palsu terbabit bagi tujuan mencari kerja. Mereka pernah gunakannya untuk bekerja di kilang sabun di Johor dan kini sebagai pengawal keselamatan,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here