Kebakaran: Suami isteri maut

Kuala Lumpur, Mac.
Suami isteri maut, manakala anak perempuan pasangan itu berusia 14 tahun terselamat selepas kediaman mereka di Jalan SS21/18 Damansara Utama, Petaling Jaya dekat sini, terbakar awal pagi tadi.

Mangsa yang meninggal dunia dikenali sebagai Kang Tsi Yam berusia 61 tahun dan isterinya, Leong Chen Mun, 55 tahun.

Rumah teres dua tingkat itu dilaporkan terbakar pada jam 5.13 pagi dan pihak bomba yang menerima laporan kejadian, menggerakkan pasukan pertama dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Damansara ke lokasi.

“Terdapat tiga mangsa terdiri daripada sepasang suami isteri dan anak perempuan mereka terperangkap di dalam rumah ketika kebakaran berlaku. “Anggota bomba di lokasi berjaya menyelamatkan remaja perempuan berusia 14 tahun, bagaimanapun kedua-dua ibu bapanya gagal diselamatkan,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here