IOI City Mall ‘bergelap’

Putrajaya, Mac.
Hasrat orang ramai untuk membeli-belah persiapan hari raya Aidilfitri di IOI City Mall Putrajaya terbantut apabila ia ditutup sementara berikutan masalah gangguan bekalan elektrik.

Perkara itu dikongsikan oleh seorang pengguna Syedewa hari ini.”Team saya berada di IOI City Mall memaklumkan di sana tiada (bekalan) elektrik,” katanya.
Syedewa turut memuat naik paparan notis pengurusan IOI City Mall yang menyatakan pusat membeli-belah itu ditutup pagi ini.

“Dimaklumkan bahawa IOI City Mall kini berdepan dengan masalah gangguan bekalan elektrik dan kerja baik pulih sedang dilaksanakan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB).
“Bekalan elektrik dijangka pulih antara jam 1 hingga 5 petang ini,” kata notis berkenaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here