India diminta eksport 500,000 tan metrik beras ke Malaysia

Putrajaya, Mac.
Kerajaan berhasrat mengemukakan permohonan peruntukan tambahan daripada India untuk mengeksport 500,000 tan metrik beras putih negara itu ke Malaysia, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.

Mohamad berkata permohonan secara rasmi kepada kerajaan India itu, akan dibuat menerusi saluran diplomatik tidak lama lagi.

“Dalam pertemuan sebentar tadi, saya turut mengambil kesempatan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas peruntukan khas kerajaan India mengeksport 170,000 tan metrik beras putih ke Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan selepas kunjungan hormat Menteri Hal Ehwal Luar India Dr S. Jaishankar ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here