8.4 juta terima STR Fasa 2

Kuala Lumpur, Apr.
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 melibatkan bayaran antara RM100 hingga RM650 akan disalurkan mulai Rabu ini.

Kementerian Kewangan menerusi kenyataan berkata, pemberian itu melibatkan seramai 8.4 juta penerima dengan bayaran berjumlah RM1.5 bilion.

Katanya, penerima sedia ada dan penerima baharu berdaftar akan menerima pembayaran STR Fasa 2 melalui pengkreditan ke dalam akaun bank atau disalurkan secara tunai melalui Bank Simpanan Nasional secara berperingkat mengikut kategori kelayakan masing-masing.

Kementerian Kewangan berkata, peruntukan STR Fasa 2 kali ini meningkat sebanyak 20% berbanding RM1.26 bilion pada tahun lepas.“Seperti yang diumumkan hari ini oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim, ia bagi membantu rakyat berpendapatan rendah dan sederhana rendah menangani peningkatan kos sara hidup,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here