Demi masyarakat India MIC turun padang kempen PRK

Kuala Lumpur, Apr.
Presiden MIC S.A. Vigneswaran hari ini mengesahkan parti itu akan turun padang untuk berkempen menjelang PRK Kuala Kubu Baharu selepas mengambil kira potensi “kesan positif” tindakan itu bagi masyarakat India.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat setelah menerima panggilan daripada Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang menjanjikan penyelesaian kepada masalah masyarakat India, selain mempertimbangkan pandangan kepimpinan Barisan Nasional (BN).

“Pilihan raya ini tidak akan mengubah dua perkara penting. Pertama, kedudukan perdana menteri dan kedua, kerajaan negeri tidak akan bertukar biarpun kita kalah kerusi ini,” katanya di Majlis Perasmian Bilik Gerakan MIC PRK DUN Kuala Kubu Baharu, lapor Berita Harian.

“Yang akan tukar ialah persepsi kerajaan negeri dan persepsi kerajaan perpaduan terhadap kaum India. Jika kerusi DUN berkenaan dimenangi parti kerajaan perpaduan, sudah tentu akan memberi kesan positif dalam menyelesaikan masalah kaum India.”Beliau berkata, langkah turun berkempen juga membolehkan parti itu mengetengahkan isu dihadapi oleh kaum India di Hulu Selangor, khususnya di DUN berkenaan.

Terdahulu dilaporkan MIC dan MCA membuat keputusan tidak melibatkan diri dengan kempen PRK tersebut jika calonnya bukan daripada BN.

PRK DUN Kuala Kubu Baharu akan diadakan pada 11 Mei selepas penyandang tiga penggal daripada DAP, Lee Kee Hiong, meninggal dunia bulan lepas akibat kanser.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here