Kuala Lumpur, Mei.
Perikatan Nasional tidak akan menutup sekolah vernakular, kata Ketua Pemuda Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mengenai pendirian gabungan itu.
Beliau mengulas permohonan maaf Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari, kerana membangkitkan isu pendidikan calon Pakatan Harapan, dan secara tidak langsung mendedahkan Pang Sock Tao mendapat pendidikan di sekolah vernakular.
Wan Fayhsal pada sidang media berkata, PN tidak menentang sekolah vernakular sebaliknya menyokong ia ‘diperkayakan’ dengan kurikulum kebangsaan.
“Seperti yang kita kata di Parlimen, kita suka sekiranya sekolah vernakular diperkayakan dengan kurikulum kebangsaan supaya ia mencerminkan karakter kebangsaan.“Pada dasarnya, PN tidak akan tutup sekolah vernakular,” katanya.
Wan Fayhsal berkata, isu itu bukan perkara utama dalam kempen PN pada PRK Kuala Kubu Baharu, kerana gabungan itu mahu tumpu pada isu ekonomi.
Jelasnya, komen Fadhli sekadar menjawab pertikaian tentang latar belakang pendidikan calon PN, Khairul Azhari Saut.
“Kita sudah jawab perkara ini. Ia bukan pembohongan. Beliau mempunyai ijazah sarjana eksekutif daripada Universiti Malaysia Pahang.




















