Ibu bapa Zayn Rayyan direman 7 hari

Kuala Lumpur, Mei-
Ibu bapa kepada kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang ditemukan mati dibunuh dalam kejadian di Damansara Damai, Disember lalu ditahan polis semalam, mereka direman tujuh hari.

Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Azura Mohd Saad selepas membenarkan permohonan yang dibuat polis.Menurut Sinar Harian, pasangan berusia 28 tahun itu tiba di Mahkamah Majistret Petaling Jaya dengan memakai baju lokap berwarna oren dan direman sehingga Jumaat ini.

Difahamkan, pasangan suami isteri berusia 28 tahun itu ditahan pada pagi semalam di Puncak Alam.Ketua Polis Selangor Hussein Omar Khan mengesahkan penahanan pasangan berkenaan.

Kanak-kanak berusia enam tahun itu dilaporkan hilang pada 5 Dis lepas di Damansara Damai, sebelum ditemukan meninggal dunia berhampiran aliran anak sungai, kira-kira 200 meter dari blok rumahnya di Apartment Idaman, pada keesokannya.

Mayat mangsa ditemui oleh kumpulan penduduk yang menjalankan operasi mencarinya.

Hasil bedah siasat menemukan kesan kecederaan pada leher dan badan akibat mempertahankan diri.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here