7 lelaki ditahan, polis rampas 3 senapang patah

Kluang, Jun-
Polis menahan tujuh lelaki dan merampas tiga senapang patah serta 18 butir peluru hidup dalam serbuan di Kampung Baru Dalam, di sini pada Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh, berkata turut ditemui seekor kijang dan 12 ekor ayam hutan yang mati.

Bahrin berkata, suspek yang berusia lingkungan 34 hingga 39 tahun itu tidak mempunyai rekod jenayah dan saringan saringan ujian air kencing didapati negatif.

“Semua tangkapan direman selama lima hari bermula 2 Jun 2024,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here