Kerugian lebih RM25 bilion tahun lalu akibat nahas jalan raya

Kuala Lumpur, Julai-
Negara menanggung kerugian lebih RM25 bilion tahun lalu yang mewakili 1.4 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) akibat kemalangan jalan raya.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata jumlah itu mencatatkan peningkatan berbanding anggaran kerugian pada tahun terdahulu.

“Berdasarkan statistik kematian dan kecederaan parah dilaporkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam laporan perangkaan kemalangan jalan raya dan Program Penilaian Jalan Raya Antarabangsa (iRAP), negara dianggarkan mengalami jumlah kerugian hampir RM18 bilion pada 2010 iaitu 2.2 peratus daripada KDNK.

“Ia meningkat kepada lebih RM25 billion pada 2023,” katanya dalam jawapan bertulis di Parlimen.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here