Kuala Lumpur, Julai-
Bekas ketua hakim negara Dzaiddin Abdullah meninggal dunia pada usia 86 tahun di Hospital Prince Court malam tadi.
Bekas peguam negara Apandi sahkan perkara itu. Ali Apandi berkata pemergian Allahyarham dimaklumkan pada 7.15 malam oleh rakan beliau yang juga bekas hakim Mahkamah Persekutuan Zawawi Salleh.
“Jenazah akan dikebumikan hari ini pada 10 pagi di Tanah Perkuburan Bukit Kiara. Arwah adalah orang yang bertanggungjawab membawa saya ke dalam badan kehakiman pada 2002. Al-Fatihah,” katanya.Dzaiddin, yang berkhidmat sebagai ketua hakim negara dari 2000 hingga 2003, mempunyai pengalaman lebih 20 tahun dalam badan kehakiman.