Lelaki disamun selepas keluar wang RM200,000

Petaling Jaya, Julai-
Seorang lelaki kerugian RM200,000 apabila disamun sekumpulan lelaki bersenjata di persimpangan lampu isyarat di Shah Alam selepas mengeluarkan wang terbabit dari sebuah bank, dalam kejadian tular semalam.

Ketua Polis Shah Alam, Mohd Iqbal Ibrahim, berkata kejadian itu dirakam menerusi kamera papan pemuka kereta pengguna jalan raya lain yang menunjukkan sekumpulan lelaki menyamun pemandu Perodua Kembara terbabit.

Katanya, dalam rakaman itu, kereta mangsa dihampiri dua suspek yang menaiki motosikal selain dihalang sebuah Perodua Alza yang memintas hadapan keretanya.

“Pembonceng motosikal itu kemudiannya memecahkan cermin bahagian pemandu dengan kapak dan mencabut kunci kereta bagi menghalang mangsa melarikan diri. “Manakala rakannya yang menaiki Perodua Alza membuka pintu penumpang hadapan kereta mangsa lalu membawa lari satu bungkusan beg mengandungi wang tunai dalam kereta mangsa,”katanya dalam kenyataan hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here