Kedai dimonopoli warga asing digempur oleh Imigresen – 71 ditahan

Kuala Lumpur, Ogos-
Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) menggempur deretan kedai di Pusat Perniagaan Kinrara di Puchong dekat sini, yang dikuasai warga asing dipercayai menggunakan lesen Ali Baba dalam satu operasi, semalam.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh, berkata seramai 71 warga asing termasuk 16 wanita dan dua kanak-kanak lelaki pelbagai negara ditahan dalam operasi itu.

Menurutnya, operasi bermula pada jam 11.50 pagi itu membabitkan 92 pegawai dan anggota pelbagai pangkat dari Bahagian Penguatkuasaan, Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya.

“Pasukan operasi telah diatur gerak ke kawasan berkenaan dan menggempur deretan kedai yang dimonopoli oleh warga asing dipercayai berselindung di sebalik lesen perniagaan milik warga tempatan secara ‘Ali Baba’.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here