Kaki kiri pekerja kilang terpaksa dipotong selepas tersepit mesin

Muar, Ogos-
Bahagian bawah daripada pergelangan kaki kiri seorang pekerja kilang dipotong selepas hancur akibat tersepit mesin membuat kotak dalam kejadian di sebuah kilang dekat Kawasan Perindustrian Parit Jamil, Parit Jawa di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi, bahagian kaki kiri mangsa gagal diselamatkan menyebabkan pasukan perubatan Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar, terpaksa memotongnya dalam usaha merawat mangsa berusia 32 tahun itu yang juga warga Nepal.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Muar, Johar Tumin, berkata kejadian berlaku ketika mangsa mahu mengalih kertas membuat kotak yang tersangkut pada mesin “troller”.

Katanya, ketika itu mesin terbabit sedang bergerak menyebabkan kaki kirinya tersangkut hingga hancur.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here