Warga Pakistan maut direnjat elektrik di tapak karnival

Kuala Lumpur, Ogos-
Seorang warga Pakistan maut terkena renjatan elektrik di tapak karnival makanan belakang sebuah pasar raya di Kuala Selangor semalam.

Pemangku Ketua Polis Kuala Selangor, Mohd Ambia Nordin berkata berdasarkan maklumat awal, mangsa bersama seorang rakannya berada di tapak karnival itu semasa hujan lebat.Beliau berkata, rakan mangsa memaklumkan lelaki 32 tahun itu memegang besi khemah sebuah gerai dan terjatuh selepas terkena renjatan elektrik.

Menurutnya, mangsa kemudian dibawa ke pentas utama untuk bantuan awal. Katanya, polis menerima maklumat pada 8.50 malam dan tiba di tempat kejadian mendapati mangsa terbaring serta meninggal dunia di atas pentas utama.

Ambia berkata mangsa kemudian dibawa ke Bahagian Forensik Hospital Tanjung Karang untuk proses bedah siasat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here