Kuala Lumpur, Ogos-
Pelajar lelaki tingkatan dua dilaporkan hilang dari sebuah sekolah di Sikamat sejak tengah hari Rabu telah dijumpai di kedai gunting rambut di Taman Widuri, Senawang, Seremban.
Ketua Polis Seremban Mohamad Hatta Che Din, berkata pelajar dikenali Qayzikri Hazimi berusia 14 tahun itu ditemui dalam keadaan baik dan selamat pada hari sama.
Pelajar berkenaan telah bersembunyi di sebuah surau di kawasan berhampiran sebelum dijumpai oleh ahli keluarga terdekat di kedai gunting rambut kawasan Senawang.
“Pelajar itu bersama keluarganya dipanggil ke Pejabat Siasatan Jenayah IPD Seremban untuk dirakam percakapan. Terima kasih atas kerjasama orang awam dalam kes ini,”katanya menurut Bernama.




















