Kuala Lumpur, Sep-
Keluarga mangsa insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India pulang ke India malam tadi selepas operasi mencari dan menyelamat (SAR) dihentikan dan memasuki fasa penyelamatan, Sabtu lepas.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizme Affendy Sulaiman berkata, suami dan anak lelaki mangsa bertolak pulang ke tanah air mereka menerusi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
“Ya, mereka telah bertolak pulang malam tadi,” katanya ringkas ketika dihubungi.
Media semalam melaporkan suami dan dua anak mangsa dilihat hadir menyalakan lampu minyak dan membunyikan loceng iaitu upacara keagamaan agama Hindu di lokasi insiden berkenaan.




















