Kuala Lumpur, Sep-
Polis menahan tiga anggota sindiket pengedaran dadah dan merampas lebih 153 kilogram (kg) pelbagai jenis dadah dianggarkan bernilai RM5.88 juta dalam serbuan di sekitar ibu negara, kelmarin.
Dalam serbuan kira-kira jam lima petang kelmarin, tiga lelaki berusia 30 dan 33 tahun itu ditahan di dua lokasi berasingan, masing-masing di kondominium dekat Cheras dan sebuah restoran di Taman Mutiara, di sini.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Datuk Seri Khaw Kok Chin, berkata terdahulu polis menahan suspek yang berada dalam kenderaan di pekarangan kondominium itu, sebelum dia menunjukkan unit kediaman yang dijadikan stor dadah.
Ketika tangkapan, katanya, dadah disyaki ganja seberat 182.9 gram (g) ditemui dalam beg sandang suspek yang bekerja sebagai penjaga stor, selain polis turut merampas kunci bagi unit kediaman yang dijadikan tempat penyimpanan bahan terlarang itu.





















