Kluang, Sep-
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN), 28 September ini.
BN mempertaruhkan Ketua Pemuda UMNO Kluang, Syed Hussien Syed Abdullah, 40, sebagai calon mewakili Kerajaan Perpaduan, manakala PN menampilkan bekas jurulatih dan pemain bola sepak Johor, Mohamad Haizan Jaafar atau Coach Haizan, 61.
Mereka diumum sebagai calon layak bertanding oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya PRK DUN Mahkota, Azurawati Wahid, sebaik selesai proses penamaan calon pada jam 10 pagi tadi di Dewan Tunku Ibrahim Ismail, di sini.
Azurawati Raisnan mengumumkan pihaknya menerima pencalonan calon BN, Syed Hussien pada jam 9 pagi, disusuli calon PN, Coach Haizan, 9.05 pagi.





















