Kereta terjunam ke dalam sungai, Lelaki lemas

Seorang lelaki ditemukan lemas selepas kereta dipandunya terbabas sebelum terjunam ke dalam sungai, Telaga Mas, Alor Setar, hari ini.

Muhammad Noor Fadzil Mustapha, 25, meninggal dunia di lokasi dengan mayat dikeluarkan dari Sungai Santap dengan bantuan pasukan bomba.

Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Abd Fataf Hamdan, berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 10.25 pagi.

Katanya, sepasukan bomba dihantar ke lokasi dan operasi turut disertai Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar dan Jitra.“Pada mulanya kami menerima maklumat terdapat dua mangsa dalam kereta namun selepas melakukan pemeriksaan hanya seorang mangsa terlibat.

“Sungai ini baru dilebarkan dan didalamkan sedalam lima meter, tetapi mangsa terjatuh di tebing sungai

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here