Dobi, bangunan tempat kerja jadi tempat larangan merokok bermula 1 Jan

Bangunan dobi dan bangunan tempat kerja di semua sektor kerajaan dan swasta akan menjadi tempat larangan merokok terbaru bermula 1 Januari tahun hadapan.

Menteri Kesihatan, Dzulkefly Ahmad, berkata tambahan tempat larangan merokok itu menjadikan keseluruhan sebanyak 28 kawasan menerusi Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852).

Dzulkefly berkata kawasan dobi menjadi antara yang diperjuangkannya untuk disenaraikan sebagai tempat larangan merokok sejak pertama kali menjadi menteri kesihatan pada 2019.

“Pastinya saya berasa bersyukur akhirnya dobi menjadi tempat larangan merokok,”katanya pada sesi taklimat media berhubung Akta 852 hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here