Kuala Lumpur, Nov-
Seorang lelaki warga Malaysia ditahan Polis Persekutuan Australia (AFP) selepas disyaki terbabit menyeludup 100 kilogram (kg) dadah jenis methamphetamine ke negara itu, baru-baru ini.
Suspek berusia 45 tahun itu ditahan AFP selepas Pasukan Sempadan Australia (ABF) menemukan dadah disembunyi dalam komputer menerusi kargo udara yang tiba dari negara ini pada 16 Oktober lalu.
AFP dalam satu kenyataan berkata, dadah yang ditemukan adalah seberat 100kg tetapi tidak menyatakan nilai rampasan.
Katanya, pasukan ABF mengeluarkan semua dadah yang disembunyikan itu sebelum kiriman kargo berkenaan dilepas untuk penghantaran.




















