Hujan lebat, angin kencang landa ibu kota

Kuala Lumpur, Nov-
Hujan lebat melanda ibu kota bermula jam sekitar jam 2 petang Jumaat dan masih berterusan hingga kini.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menasihati pengguna jalan raya sentiasa waspada dan berhati-hati di jalan raya.

Menurutnya, petugas DBKL sedang memantau situasi semasa dengan beberapa kawasan seperti Jalan Pudu, Jalan Sultan (Petaling Street) dilaporkan mula dinaiki air.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi kemas kini setakat jam 2 petang memaklumkan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang diramal berlaku sehingga jam 5 petang di beberapa kawasan termasuk Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor (Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang).

Kawasan lain terlibat termasuk Kedah (Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu), Pulau Pinang (Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan) dan Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim).

Selain itu, Kelantan (Pasir Mas, Jeli, Tanah Merah, Machang dan Kuala Krai), Terengganu (Besut dan Kemaman), Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Raub, Kuantan, Pekan dan Rompin) Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Port Dickson dan Rembau) serta Johor (Segamat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here