Polis minta bantuan kesan K.Rimashini, Nur Adlina

Ipoh, Nov-
Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan dua remaja perempuan yang dilaporkan hilang sejak minggu lepas.

Ketua Polis Ipoh, Abang Zainal Abidin Abang Ahmad, berkata kedua-dua remaja berkenaan ialah K Rimashini, 15, dan Nur Adleena Batrisyia Mohd Saiful Nourman, 16.Katanya, Rimashini yang beralamat di Medan Klebang Prima, Chemor dilaporkan hilang dari 12 Nov lepas.

“Nur Adleena Batrisyia yang beralamat di Taman Pakatan di Ipoh pula dilaporkan hilang pada 18 Nov,” katanya dalam kenyataan.

Bagi kes Nur Adleena Batrisyia, mereka yang mempunyai maklumat boleh menghubungi penolong pegawai penyiasat kes SI Mastiah Itam menerusi talian 012-5687579.

Bagi kes Rimashini, sila hubungi ASP Mahani Mohammed 019-2618221.

Orang ramai juga boleh menghubungi IPD Ipoh melalui talian 05-2451500 atau mana-mana balai polis yang berhampiran.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here