Banjir terburuk di Rantau Panjang sejak lebih 50 tahun

Rantau Panjang, Nov-
“Ini adalah bah paling buruk selepas lebih 50 tahun saya tinggal di Rantau Panjang, ia benar-benar menakutkan,” kata warga emas, Wan Sauzi Wan Jaafar.

Wan Sauzi, 65, berkata, banjir kali ini yang melanda kawasan itu lebih tragis berbanding bah merah yang pernah melanda Rantau Panjang pada tahun 1967 ketika dia masih kecil.

Katanya, dia sekeluarga yang menetap di Tasek Damai, Kampung Dangar, di sini, sejak 22 tahun lalu, tidak pernah berpindah namun kali ini situasi berbeza apabila bahagian dalam rumah kini dinaiki air separas 0.4 meter.

“Banyak kawasan yang sebelum ini tidak pernah dinaiki air kini turut tenggelam. Suasana menjadi huru hara dengan penduduk yang panik seperti sudah tidak tahu apa yang perlu dilakukan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here