Liverpool juara Liga Inggeris

PENYOKONG Liverpool pasti lebih berdebar-debar dan teruja menyaksikan pertembungan Chelsea dengan Manchester City.

Seminit selepas Chelsea menumpaskan City 2-1, kelab penyokong Liverpool telah menghantar ciapan di twitter, Liverpool Juara.

Penantian selama 30 tahun untuk bergelar juara liga berakhir, walaupun kejuaraan itu dianugerahkan dalam suasana sangat suram akibat pandemik Covid-19.

Chelsea pula mencerahkan peluang mereka untuk beraksi pada Liga Juara Juara apabila mengukuhkan kedudukan di tangga keempat dengan kemenangan awal pagi ini.

Gol pertama dijaringkan oleh Pulisic pada separuh masa pertama, tetapi dibalas oleh gol De Bruyne hasil daripada sepakan percuma, sebelum Willian memastikan kemenangan milik Chelsea melalui sepakan penalti pada penghujung perlawanan.

Keputusan di Stamford Bridge bermakna Liverpool mempunyai kelebihan 23 mata ke atas City dengan baki tujuh perlawanan.

Liverpool merupakan juara terakhir England ketika memenangi gelaran Divisyen Pertama yang lama pada tahun 1989-90.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here