Kes Teoh Beng Hock, Polis akan panggil semula saksi – Shuhaily

Kuala Lumpur, Jan-
Polis akan memanggil semula saksi yang terbabit dalam kes kematian Teoh Beng Hock dalam masa terdekat, susulan arahan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 21 November lalu untuk menyiasat semula semua aspek berkaitan kes itu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, berkata pihaknya akan mengenal pasti saksi yang perlu dirakam semula kenyataan mereka selepas cuti Tahun Baru Cina.

“Saya yakin proses ini tidak akan mengambil masa lama dan kertas siasatan akan dikembalikan dalam tempoh masa ditetapkan,” katanya kepada pemberita dalam sesi libat urus bersama wartawan di Bukit Aman di sini hari ini.

Mohd Shuhaily berkata, beliau dan pegawai penyiasat juga akan menjalankan siasatan semula di lokasi kejadian kematian bekas pembantu EXCO Selangor itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here