34 serpihan tulang manusia ditemui

Kuala Terengganu, Jan-
Sebanyak 34 serpihan dipercayai tulang manusia ditemui di tepi Pantai Batu Burok 2, dekat sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung penemuan itu kira-kira jam 10.10 malam.

Beliau berkata, pihaknya menerima maklumat melalui panggilan telefon oleh orang awam dan satu laporan polis dibuat bagi siasatan lanjut dijalankan.

Katanya, siasatan dilakukan Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) di tempat kejadian yang dilakukan bersama Pasukan Forensik Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Terengganu.

“Tempat kejadian dalam kawasan semak, di tepi longkang kering tidak berair iaitu di tepi pantai berjarak 40 meter dengan gigi air semasa air pasang.

“Lokasinya iaitu di belakang kawasan Kuarters Jabatan Kerja Raya (JKR) yang ditinggalkan dan tidak lagi dihuni,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here