Wanita maut rempuh trak tentera kerana mengantuk

Kuala Lumpur, JanSeorang wanita maut selepas kereta dipandunya bertembung dengan trak tentera, dalam kejadian di hadapan Kem 96 Depot Pangkalan Peluru, Masjid Tanah, awal pagi tadi.

Mangsa, Manisya Azlin Ishak, 25, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala dalam kejadian kira-kira 2.24 pagi itu.

Kejadian itu turut menyebabkan pemandu trak tentera berusia 33 tahun mengalami patah tangan.

Timbalan Ketua Polis Alor Gajah, Azrul Mohamed, berkata kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa dalam perjalanan pulang dari arah Ayer Keroh ke Masjid Tanah.Katanya, mangsa yang juga kakitangan pusat panggilan Telekom di Ayer Keroh bagaimanapun dipercayai mengantuk lalu memasuki laluan bertentangan.

“Akibatnya, kereta dipandu mangsa bertembung dengan kenderaan berat itu dari arah hadapan yang cuba brek berdasarkan kesan tayar sepanjang 12 meter di laluannya.

“Rempuhan itu menyebabkan mangsa yang seorang diri ketika kejadian tersepit dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here