Kebakaran di tingkat 10 – Seorang wanita maut

Kuala Lumpur, Feb-

Wanita maut dalam kebakaran sebuah unit kediaman di tingkat 10 Perumahan Awam Sri Terengganu, Sentul di sini, tengah malam tadi.

Mayat wanita warga Indonesia berusia 50-an itu ditemui dalam bilik air oleh pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang memadamkan kebakaran.

Komander Operasi Kanan JBPM Kuala Lumpur, E. Yogeswaran berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian jam 12.38 tengah malam.

Beliau berkata, tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sentul bersama bantuan BBP Titiwangsa serta BBP Hang Tuah membabitkan kekuatan 20 anggota dikejarkan ke lokasi.

“Sebaik tiba, pasukan mendapati kebakaran berlaku di tingkat 10 bangunan dan segera menjalankan operasi memadam kebakarna berjaya dikawal pada jam 1.30 pagi.

“Pasukan kemudian menemui seorang wanita dalam bilik air dan disahkan meninggal dunia oleh pihak perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Yogeswaran berkata, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Beliau berkata, pemeriksaan pihaknya mendapati kediaman berkenaan turut musnah 90 peratus.

Bagaimanapun, katanya, punca kebakaran masih dalam siasatan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here