Suspek kes bunuh wanita buat COD ditahan

Kuala Lumpur, Feb-
Polis telah menahan seorang lelaki hari ini, yang dipercayai suspek kes bunuh wanita yang ditemukan di tepi sungai berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur, Kuantan kelmarin.

Ketua Polis Kuantan, Wan Mohd Zahari Wan Busu, berkata suspek berusia 53 tahun itu ditahan di sebuah rumah di kawasan perumahan Wakaf Tembusu Gong Badak, Kuala Terengganu, Terengganu kira-kira 5.30 pagi tadi.

Beliau berkata, polis turut merampas sebentuk cincin, wang tunai, pakaian dan dokumen untuk membantu siasatan.

Media sebelum itu melaporkan mengenai penemuan mayat peniaga makanan yang dipercayai mati dibunuh, dengan siasatan lanjut mendapati terdapat unsur jenayah pada tubuh mangsa.

Ketua Polis Pahang Yahaya Othman dipetik sebagai berkata, menurut saksi, mangsa ke kawasan tempat kejadian untuk menjalankan urus niaga secara hantaran (COD) kira-kira 7.30 malam.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here