Cikgu Karthigesan Meraih Kemenangan Innovasi Berturut turut 5 Tahun

Bagan Serai, Dis 1
Cikgu Karthigesn dari SRJK (T) Ladang Soon Lee, Kerian, Perak mencipta rekod dengan meraih kemenangan berturut turut 5 tahun dalam pertandingan innovasi pelbagai peringkat.
M.Karthigesan dihormati dengan penuh meriah di Hari Sambutan Deepavali yang diadakan dekat sekolah berkenaan pada kebelakangan ini. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Hal Ehwal
Pengguna, Integrasi Nasional dan Sumber Manusia Negeri Perak, A.Sivanesan menjadi tetamu khas dalam acara istimewa itu.

Sambutan Hari Innovasi yang berlangsung kebelakangan ini dekat sini Karthigesan memenangi tempat ketiga dalam Kategori Inovasi Akar Umbi dengan pelbagai hadiah dan wang tunai berjumlah Rm 5,000. Lebih daripada seratus orang mengambil bahagian dalam kategori ini dengan perseorangan dan kumpulan.

Selain daripada itu beliau memenangi hadiah pertama pingat emas dalam Pertandingan Inovasi Pembelajaran 2023 yang dianjurkan oleh Universiti Sultan Idris (UPSI). Dia membuat persediaan untuk itu dari tahun lepas dan untuk itu dia menyediakan suatu kaedah untuk mempelajari Matematik dengan mencipta Magik Keyboard. Peralatan inovasi ini memudahkan penghafalan sifir dan boleh memelajari cara dasar membuat campur, tolak, kali dan bahaginya dengan senang. Karthigesan mencantum Kaedah MD Logo dengan alat pengiraan istimewa ini. Kaedah ini boleh juga digunakan dalam pembelajaran mata pelajaran Bahasa Malaysia.

Ia boleh digunakan untuk mencipta perkataan. Dengan itu murid boleh mempelajari pembacaan. Dengan penggunaan alat itu murid murid sekolah ini memenangi banyak hadia dari tahun 2020 hingga sekarng. Terutamanya pada tahun ini sahaja murid sekolah itu 1 emas, 2 perak, 6 gangsa dalam pelbagai acara pertandingan. Dari tahun 2018 murid sekolah murid sekolah itu memenangi banyak pertandingan antara sekolah. Pencapaian cemerlang cikgu Karthigesan bukan sahaja membangakan sekolah dan daerah Kerian malah sekolah sekolah Tamil yang berada di negeri Perak juga mengharungi kebanggaan melalui kemenangan beliau.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here