Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di empat negeri

Kuala Lumpur, Jun-
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca buruk melibatkan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda beberapa kawasan di empat negeri dan Wilayah Persekutuan Labuan hari ini.

Menurut kenyataan rasmi MetMalaysia, kawasan yang terlibat termasuk Kelantan: Kuala Krai dan Gua Musang, Pahang: Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Jerantut, Kuantan, Pekan dan Rompin,Johor: Segamat dan Mersing,Sabah: Pedalaman (Kuala Penyu dan Beaufort) serta Pantai Barat (Papar),Labuan turut disenaraikan dalam amaran tersebut.

Amaran ini dikeluarkan berdasarkan tanda-tanda awal kejadian ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam, yang dijangka berlaku dalam tempoh melebihi satu jam.

MetMalaysia menjelaskan bahawa amaran ribut petir bersifat jangka pendek dan sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here