Reman pemandu bot karam dilanjutkan dua hari

Kuala Terengganu, Julai-
Perintah tahanan reman terhadap pemandu bot yang berakhir hari ini disambung dua hari hingga Jumaat ini.

Ketua Polis negeri, Datuk Mohd Khairi Khairudin berkata tahanan reman pemandu bot berusia 22 tahun itu disambung bagi melengkapkan siasatan.

Polis sudah mengambil tiga keterangan termasuk daripada pemandu bot untuk melengkap siasatan berhubung tragedi bot terbalik sehingga mengorbankan tiga mangsa di perairan Pulau Perhentian, Sabtu lalu.

“Fokus utama siasatan polis adalah punca kejadian, siasatan lain termasuk pemandu bot mempunyai lesen atau sebaliknya membabitkan siasatan oleh agensi penguat kuasa termasuk Jabatan Laut Malaysia (JLM).

“Polis juga masih melakukan siasatan termasuk mendapatkan keterangan daripada mangsa yang terselamat dalam tragedi bot terbalik,” katanya. Dalam kejadian di Perairan Pulau Perhentian kira-kira jam 10.30 malam Sabtu lalu, tiga mangsa iaitu S. Arumugam, 40 tahun dan anaknya Sarrvihka Arumugam, 3 tahun serta V. Vennpani, 10 tahun maut.

Terdahulu, Mohd Khairi menyaksikan majlis serah terima tugas jawatan Timbalan Ketua polis negeri, Senior Asisten Komisioner, Wan Rukman Wan Hassan kepada Asisten Komisioner Arsad Kamaruddin memangku jawatan berkenaan.

Mengulas lanjut, Mohd Khairi berkata, polis menjangka laporan hasil siasatan termasuk mengenal pasti sama ada berlaku kecuaian atau sebaliknya dalam tempoh seminggu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here