2,467 kes keganasan rumah tangga direkod bagi tempoh Januari hingga April – Noraini

Kuala Terenganu, Julai-:
Sebanyak 2,467 kes keganasan rumah tangga direkodkan di seluruh negara bagi tempoh Januari hingga April lalu, kata Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad.

Beliau berkata, hasil kajian menunjukkan suri rumah adalah golongan tertinggi menjadi mangsa keganasan rumah tangga.

“Tetapi mungkin ada sesetengah, mereka tidak sedar pun sedang menjadi mangsa, sebab penderaan ini bukan fizikal saja, ia ada penderaan emosi. Kadang-kadang pelaku itu boleh buat psikologi terbalik pula.

“Kajian juga mendapati kebanyakan penderaan dilakukan orang paling dekat dengan mangsa atau dalam kalangan ahli keluarga,” katanya selepas merasmikan Program Advokasi Kesejahteraan Untuk Wanita@Keganasan Rumah Tangga (Aku Wanita@KRT), di sini hari ini.Noraini berkata, daripada Januari hingga April lalu, sebanyak 104 kes keganasan rumah tangga dikesan berlaku di Terengganu.

Beliau berkata, meskipun jumlah itu menunjukkan pengurangan berbanding tempoh sama tahun lalu iaitu 130 kes, namun angka direkodkan masih membimbangkan.

Sehubungan itu, katanya, kementerian melaksanakan pelbagai inisiatif bagi mengurangkan kes keganasan rumah tangga, termasuk menerusi Program Aku Wanita@KRT yang dirangka untuk mendekati masyarakat dalam menangani masalah berkenaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here