Cuaca panas dijangka hingga akhir Julai

Kuala Lumpur, Julai-
Cuaca panas melanda negara ketika ini adalah kategori biasa dan tidak mencapai tahap gelombang haba luar biasa, walaupun suhu maksimum dijangka boleh mencecah sehingga 36 darjah Celsius di beberapa kawasan.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), Dr Mohd Hisham Mohd Anip, berkata pihaknya meramalkan cuaca panas berlarutan hingga akhir bulan ini.

“Kebanyakan kawasan di negara ini diramal menerima taburan hujan sedikit dalam tempoh seminggu akan datang berikutan pembentukan ribut tropika di barat Lautan Pasifik berhampiran Filipina.

“Dengan bacaan indeks El Nino Ayunan Selatan (ENSO) yang diramal berada pada nilai neutral sehingga hujung tahun ini, cuaca panas ekstrem dijangka tidak melanda negara pada musim Monsun Barat Daya kali ini,” katanya.

Beliau berkata, analisis model ramalan cuaca terkini menunjukkan pengaruh siklon tropika aktif di barat Lautan Pasifik dan Laut China Selatan sedang mengganggu corak hujan di negara ini.

“Pengaruh siklon tropika aktif menyebabkan OPA tidak sesuai dijalankan ketika ini.

“Bagaimanapun, jika berlaku perubahan cuaca yang signifikan berdasarkan kemas kini model ramalan cuaca, kita akan maklumkan kepada pihak berkaitan,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here