Bangkai harimau belang dalam kereta

Kuala Lumpur, Sep-
Bangkai seekor harimau belang yang ditemui mati dalam sebuah kereta dinaiki tiga individu di
FELDA Tenggaroh, Mersing di Johor dipercayai untuk diperdagangkan dalam pasaran gelap.

Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN), Datuk Abdul Kadir Abu Hashim, berkata nilai haiwan itu dianggarkan sekitar RM250,000 hingga RM300,000.

Katanya, Jabatan PERHILITAN sedang bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengenal pasti rangkaian sindiket terbabit susulan tangkapan tiga suspek berkenaan.

“Kita percaya kegiatan ini membabitkan sindiket pemerdangan hidupan liar. Setiap anggota badan spesies itu mempunyai nilai di pasaran gelap.

Beliau berkata, populasi harimau belang pada masa kini hanya direkodkan di kawasan hutan simpan dan kawasan perlindungan yang terletak di lapan negeri utama yang dikenal pasti sebagai negeri rayauan binatang liar itu.

Katanya, negeri itu ialah Perak, Pahang, Johor, Kelantan, Terengganu, Kedah, Selangor dan Negeri Sembilan.

“Ini menunjukkan bahawa habitat semula jadi harimau kini sangat terhad dan tertumpu kepada kawasan perlindungan yang masih mempunyai ekosistem hutan yang sesuai untuk kelangsungan hidup spesies ini,” katanya.

Komander Pasukan Simpanan Persekutuan Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Rosli Md Yusof dilaporkan berkata, penahanan sebuah kenderaan jenis Perodua Alza menemukan bangkai seekor harimau belang yang dipercayai diburu secara haram.

Susulan itu, tiga lelaki berusia 28 hingga 49 tahun ditahan selepas didapati gagal mengemukakan sebarang permit khas untuk memiliki atau menyimpan spesies dilindungi sepenuhnya itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here