Trump hadir ke Malaysia dari 26-27 Oktober

Kuala Lumpur, Okt-
Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia dari 26 hingga 27 Oktober 2025 bersempena Sidang Kemuncak ASEAN-AS ke-13 dan Sidang Kemuncak Asia Timur ke-20 atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Pengerusi ASEAN 2025.

Menurut Wisma Putra dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Sabtu, ini merupakan lawatan pertama Trump ke rantau Asia Tenggara sejak dipilih sebagai Presiden AS ke-47 pada Januari lepas.

Anwar dan Trump dijadualkan untuk mengadakan mesyuarat dua hala pada 26 Oktober.

“Kedua-dua pemimpin dijangka membincangkan usaha memperkukuh kerjasama dalam bidang perdagangan dan pelaburan, pertahanan dan keselamatan serta hubungan antara rakyat selaras dengan Perkongsian Komprehensif Malaysia-AS,” katanya.

Katanya kedua-dua pemimpin turut dijangka bertukar-tukar pandangan mengenai perkembangan serantau dan antarabangsa yang menjadi kepentingan bersama serta menandatangani beberapa dokumen penting yang meliputi bidang perdagangan dan keselamatan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here